Kenali Saya
Nama sebenar Faezil Aidil Bin Jamian, merupakan web programmer sepenuh masa di samping menjadi Internet Marketeer secara sambilan. Lulusan Teknologi Maklumat (Multimedia) dan pernah menjadi jurulatih ICT mengendalikan Kursus BPPT khas untuk guru-guru.
Lebih tertarik kepada bidang pengaturcaraan kerana kita dapat berinteraksi sepenuhnya dengan komputer. Bahasa komputer yang pertama dipelajari adalah QBASIC. Kini lebih menumpukan kepada pengaturcaraan web, khususnya PHP.
Selesa dengan Joomla sebagai CMS, pernah menggunakan template engine, smarty, kini sedang dalam proses untuk mempelajari kerangka CakePHP
Kerap ditemui di forum Ireans, PHP.net.my, Selamba, Sifu Lan dan WangCyber. Menggunakan nick faezil dan thephenom





