Dalam apa jua jenis perniagaan, sejak zaman rasulullah menjadi peniaga hinggalah zaman ICT yang terkenal dengan affiliate, MLM, ebay, PLR, MRR, konsep perniagaan tetap tidak berubah.

Mesti ada penjual, pembeli dan produk atau perkhidmatan yang diniagakan.

Di zaman moden ini, konsep perniagaan mula berubah di mana untuk memaksimakan keuntungan, penjual boleh melantik penjual lain, contohnya affiliate dan MLM dan pembeli boleh jadi penjual, contohnya produk berlesen PLR dan MRR.

Ini bermakna, semua orang boleh dapat untung dengan menjual lantaran  90% rezeki adalah meniaga

Tapi perlu diingat kewujudan satu golongan yang tidak suka menjual. Mereka hanya suka membeli sahaja. Golongan ini dipanggil ‘Pengguna Terakhir’ atau end user, yang membawa maksud pengguna terakhir yang menggunakan produk tersebut. Mereka takkan menjualkannya kepada orang lain, kecuali mereka upgrade jiwa mereka menjadi seorang penjual.

Setiap model perniagaan, tidak kira sama ada offline mahupun online, singgle marketing, MLM, affiliate dll, mesti wujud golongan pengguna terakhir ini.

Kewujudan mereka, sama ada diundang ataupun tidak, tetap tidak boleh dinafikan. Malah mereka inilah sebenarnya yang menentukan jangka hayat sesuatu model perniagaan.

Model perniagaan yang bagus, akan mengambil kira kepentingan pengguna terakhir ini. Perlu diingat mereka tidak menjual produk, tidak menaja dan tidak buat apa2 melainkan membeli dan menggunakan produk. Itupun kalau ada produk.

Maka keuntungan pengguna terakhir ini adalah produk yang bagus. Mereka sepatutnya tidak merasa kerugian memiliki produk yang mereka beli. Berbeza dengan penjual yang mendapat untung dengan menjual produk tersebut.

Semua orang kena menjual ?

Malangnya, ada beberapa model perniagaan yang mengabaikan kepentingan pengguna terakhir. Mereka menganggap semua orang suka menjual.

Tapi Faezil, orang yang tak suka menjual, tak payah la join Curse

Perlu diingat, kewujudan pengguna terakhir inilah yang memanjangkan jangka hayat sesuatu model perniagaan.

OK… mari kita lihat situasi di bawah :

Katakan ada satu model perniagaan, di mana semua orang perlu menjual untuk dapat untung.

Admin berjaya menjual kepada 6 orang pembeli (Generasi 1). Dan 6 orang pembeli ini kena menjual. Katakan setiap orang menjual kepada 6 orang. Bermakna, ada 36 orang penjual baru (generasi kedua).

36 orang ini akan cari penjual. Katakan 6 orang jugak. Bermakna 216 penjual terlibat (generasi ketiga).

Tahukah anda, tanpa kewujudan penjual terakhir, masuk generasi ke-10, jumlah ahli yang mendaftar adalah 60, 466,176 orang  Meeting (dengan anggapan semua orang akan cari 6 orang).

Generasi ke-11 ? 362,797,056 orang. Jumlah ini melebihi populasi Malaysia US.

Generasi ke-13 ? 13,060,694,016 orang. Dan jumlah ini melebihi populasi penduduk marikh dunia.

Lihat rajah di bawah kalau masih tak faham Panda

Inilah masalah yang berlaku jika kepentingan pengguna terakhir diabaikan. Semua orang terpaksa menjual untuk dapat untung. Tetapi malangnya pengguna terakhir tetap wujud, iaitu mereka yang gagal untuk menjual.

Lalu disalahkan mereka yang gagal menjual sebagai pemalas, tidak gigih membuat promosi dan sebagainya.

Jangan salahkan mereka. Mereka inilah yang menyebabkan jangka hayat sistem sebegini agak panjang sedikit. Tanpa mereka, selepas generasi ke 13, korang kena cari downline kat planet marikh sana Ghost

Maka, jika anda menyertai mana-mana program, pastikan kepentingan pengguna terakhir tidak diabaikan. Jika tidak,  sama ada anda atau downline anda kena pergi planet marikh