Sebagai menambah dan membanyakan lagi koleksi blog , maka tertubuh la blog berasaskan wordpress selepas blog versi cakephp dan blogger.com.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, gila ke apa Faezil ni buat blog banyak-banyak Meeting

Sebenarnya,  selain daripada mempelajari wordpress, untuk mengasingkan niche ICT dan perniagaan.  Rasanya macam kurang sesuai cerita mengenai peribadi, ICT dan perniagaan disumbatkan segalanya di dalam faezil.net.

Maka, biarlah faezil.net bercerita mengenai ICT dan peribadi manakala blog.faezil.net bercerita mengenai perniagaan, khususnya perniagaan Internet

Permulaan

Beberapa bulan yang lalu dah cuba berniaga di ebay, tetapi setelah ArtsNow membuat lawak Cow , terasa hilang mood untuk berebay lagi. Walaupun senior ebayer selalu menasihatkan agar keras hati, tapi bila difikir-fikir,  rasa macam tak serasi dengan dunia ebay.

Terlibat pulak dengan perniagaan Global Domains International a.k.a GDI. Namun, produk GDI yang agak ‘kureng’ dari segi spesifikasi menyebabkan terpaksa mengucap selamat tinggal. Hanya sekadar 100MB dengan harga hampir RM420 setahun, lebih baik sambar Bijak Hosting, RM200 setahun boleh dapat 2000MB. Beza jauh tu.

Sekarang ini, jual produk digital yang mempunyai lesen Resell Right. Lagi puas hati Evil Grin

Beli sekali dan boleh jual banyak kali Victory